Wednesday 29 November 2017

Sijil HALAL Shaklee 2017


Assalamualaikum. Hai semua, korang kalu nak try makan supplemen or any food apa yang korang mention at the firts time.

Mesti korang akan tanya the first question status HALAL khens.

Sama jugak dengan Shaklee, produk atau supplemen Shaklee HALAL ke tak ?

Nak tau HALAL ke tak, boleh tengok bawah ni : 



Islamic Services of America (ISA) tersenarai sebagai salah satu Badan Islam yang diiktiraf oleh JAKIM. Boleh klik direct link di sini:  Senarai Badan Islam yang Diiktiraf JAKIM  dan di sini:  Halal Accreditation (ISA).

Alhamdulillah, Shaklee ialah dari produk yang HALAL. Kalau tak HALAL, dah ramai yang lari dari Shaklee.


So, usahlah was-was lagi. Consume with confidence!

Arina Burhan,
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang 
COD Bandar Baru Bangi 

Friday 24 November 2017

2 Cara Menjadi Ahli Shaklee

Untuk jadi ahli Shaklee ada 2 pilihan:


1. BERBAYAR


Registration fee RM 69
Anda akan dapat Starter Kit yang mengandungi:

- Product Guide
- Business Guide
- Shaklee Difference
- Mini Product Guide

All about ilmu :)

Stater Kit Shaklee 2017

2. FREE MEMBERSHIP (KEAHLIAN PERCUMA)

Beli mana-mana produk Shaklee pilihan anda berharga sekitar RM 680 untuk mendapatkan Keahlian Percuma!

Anda akan dapat Starter Kit yang mengandungi:

- Product Guide
- Business Guide
- Shaklee Difference
- Mini Product Guide

Kami akan uruskan registration anda secara online.

KELEBIHAN MENJADI AHLI SHAKLEE

1. Membeli dengan harga ahli

- PENJIMATAN 15%-20% dari harga runcit.
- Setiap pembelian produk ada points (UV) yang boleh ditukarkan kepada cash bonus* (minimum 150 UV sebulan) 😊

2. Sistem online yang boleh diakses 24 jam!

Login menggunakan ID anda di website www.shaklee2u.com.my untuk

- Membuat belian
- Mendaftar ahli baru di bawah anda
- Check points (UV) semasa anda
- Check BONUS anda

Semuanya di hujung jari!

JIKA TIDAK MAHU BERNIAGA (MAHU MAKAN SENDIRI)

1. Anda layak dapat cashback (bonus) jika melebihi 150 points (UV) sebelum 1 haribulan berikutnya. Lebih kurang RM480 belian. Cashback (bonus) tersebut akan dimasukkan terus ke akaun bank anda!

2. Anda TIDAK wajib membuat belian setiap bulan. Tiada paksaan!


JIKA MAHU MENJANA INCOME 2-3-4-5 ANGKA DENGAN BISNES SHAKLEE

1. Anda boleh bermula bila-bila masa!

2. Sistem dropship - TANPA modal

Tak perlu melabur ribuan ringgit! Tak wajib ada stok di tangan. Apabila customer bayar pada anda, barulah anda beli di online system. Shaklee boleh poskan terus kepada customer. Sangat mudah!

3. Anda layak grab peluang 3C yang ditawarkan oleh Shaklee - CASH, CAR, dan CONVENTION!

4. Training oleh pihak Shaklee disediakan setiap minggu yang disampaikan oleh NUTRITIONIST (pakar Nutrisi) Shaklee! (Shaklee bukan calang-calang produk :))



Detail boleh pm / whatsapp terus 013-3057543  atau Klik je kat sini


Arina Burhan,
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang 



Petua Hilangkan Jerawat Dengan Timun


Selamat tinggal PARUT JERAWAT. 

Okay kali Na nak share petua nak hilangkan parut dengan TIMUN. Tips tradisional kena buat selalu baru nampak kesan tau!



Teringat lagi masa belajar dulu, tiap kali balik kampung bercuti kalau ada jerawat kat muka mesti godek2 barang kat dapur mak. Almaklum time tu study, jerawat + student memang tak dipisahkan.

Mak Na sorang peniaga kecil, so banyak barang yang ada na boleh manfaat. Salah satunya timun batang. hehehe

Kat bawah ni Na share macam mana nak jadikan timun untuk hilangkan jerawat. Ikut step by step tau.  

1. Kisar timun, tapiskan air.
2. Basuh wajah dengan air bersih
3. Lumurkan timun yang telah dikisar/ dihancurkan pada seluruh wajah dan leher.
4. Biarkan selama 30 minit/ sehingga kering.
5. Bilas dengan air bersih.

P/s: Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan mengecutkan jerawat. Ini juga menjadikan kulit wajah lembap dan tegang.

Kelebihan timun:

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda.

Selamat mencuba!





Tuesday 21 November 2017

Kenapa Pilih Shaklee

Hi semua!

Produk yang selamat datangnya dari bahan-bahan yang berkualiti, dan itulah yang Shaklee gunakan. Keselamatan mutlak amat penting di Shaklee, dan Shaklee tegaskan bahawa standard Shaklee tiada tandingan!

Bahan-bahan untuk produk Shaklee dipilih secara teliti untuk memenuhi standard yang tinggi untuk prestasi dan penyaringan. Malah, standard ketulenan Shaklee adalah antara yang paling ketat dalam industri nutrisi dan pemakanan berkhasiat untuk memberi jaminan bahawa semua produk Shaklee adalah selamat.

Ingat Shaklee, ingat Tulen!

Kenapa kita perlu pilih Shaklee 

8 Sebab Kenapa Pilih Shaklee.


1. Shaklee menyaring lebih 350 bahan cemar, racun serangga, dan bendasing untuk setiap bahan botani baru

Shaklee juga menyaring bahan cemar lain termasuk logam berat, sisa pelarut, kehadiran radiasi, dan pencemaran mikrob. Wow!

2. Shaklee melakukan lebih daripada 250 ujian racun serangga

Ini melebihi syarat United States Pharmacopeia (USP). Outstanding!

3. Shaklee melakukan lebih 100,000 ujian kualiti setiap tahun

Ini untuk memastikan produk Shaklee selamat digunakan oleh anda sekeluarga. Very thoughful!

4. Tiada pengawet tambahan, pemanis, atau perasa tiruan

Semuanya natural.

5. Bebas gluten

Produk Shaklee tiada Gluten, berita baik untuk mereka yang mengalami alahan Gluten. Dengan produk yang tiada Gluten, Shaklee mahu penggunanya memiliki usus dan sistem penghadaman yang lebih sihat.

6. Non-GMO

Produk Shaklee tiada GMO (tidak diubah secara genetik) dan disahkan melalui Program Pengekalan Identiti (IPP - Identity Preserved Program). Ini ialah pendekatan yang paling dipercayai untuk memastikan produk Shaklee kekal tiada GMO dari peringkat biji benih hingga ke proses pengilangan.

7. Terbiodegrasi


Shaklee berpegang kepada prinsip Selamat, Terbukti Berkesan, dan Mesra Alam, maka produk Get Clean Home Care Shaklee adalah Terbiodegrasi yang tidak mengandungi Fosfat, Nitrat, atau Borat. Shaklee menjadikannya suatu tanggungjawab dan amanah untuk menjadikan planet kita lebih sihat sepanjang masa.

8. Tidak melakukan ujian ke atas haiwan


Terima kasih kerana sudi membaca :)


Hubungi kami:
013 3057543 ( Arina Burhan Pengedar Shaklee Bangi & Kajang )
Atau klik je link ni untuk whatsapp

Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi, Ukm & Kajang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Nanas Oh Nanas


Hai semua. Entri kali ni na nak kongsi peberet buah buahan yang Na suka antara salah satunya buah nanas. 

Siapa suka nanas ? Kalu suka kita geng ! hehehe



Eceli ni gambar dok kupas nanas, belom siap semua dah ada tangan yang meminta. Tu si kecil Ariana Syuhada, geng yang tak pernah miss waktu makan.

Korang nak tau tak, rupanya setiap buah yang kita makan ada khasiatnya. Untuk buah nanas, tengok bawah ye Na kongsi dengan korang. 

Khasiat nanas yang korang perlu tau. 


Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan acap kali risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka makan langsung buah nanas. Sedangkan jika korang menolak buah nanas ini, bermakna korang tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol.

1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, korang sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi korang sihat dan kuat.

7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom terowong karpal dan gout.

10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain  ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Okay sekarang semua dah tau kan khasiat nanas untuk tubuh kita. So, rajinkan diri untuk makan nanas ye. Buah buahan lagi jangan dulupakan plak. Sebabnya, setiap buahan kan ada khasiat masing masing. ☺



Ketahui 4 Nutrien Penting Untuk Kulit




Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat. Sering kali juga, kita tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Protein untuk Membina Kulit yang Sihat




Badan dihasilkan dari protein dan untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  1. Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita. 
  2. Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  3. Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  4. Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  5. Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C


Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  1. Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  2. Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  3. Membantu dalam penyembuhan luka.
  4. Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.
Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen



Kolagen adalah struktur penting untuk kulit kita. Ia mengekalkan keanjalan kulit kita dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan kita boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;


  1. Kulit yang lebih anjal.1
  2. Mengurangkan kedutan.2
  3. Kulit yang lebih lembut, lebih padat.1
  4. Mengurangkan parut.2


Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA


Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:


  1. Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.3
  2. Mengekalkan kelembapan kulit.4
  3. Melawan keradangan.7


Arina Burhan Pengedar Shaklee Bangi & Kajang ( 013 3057543)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi, Ukm & Kajang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

Monday 20 November 2017

Set Shaklee Baby


Nampak tak betapa Shaklee care and aware kesihatan seawal baby lagi?

Apa Yang Best Sangat Mengenai Set Shaklee Baby ni ? 
Antara kelebihan produk ini diantaranya ialah 
1. Ia telah diformulasi TANPA 7 bahan yang memurdarat pada bayi kita
2. Ia telah dihasilkan dari bahan semula jadi dan organik dan diuji secara klinikal + pakar pediatrik

Ada Berapa Produk Dalam Set Ni Ye ? 

Semuanya ada 3 product (Gentle Wash, Massage Oil, Soothing Lotion). 2 minggu lepas Na berpeluang untuk bau dan rasa sendiri Set Shaklee baby masa attend Maestro Gathering di bawah naungan Maestro, Master Nadiah di Alam Sari. Na dah cuba bau Gentle Wash dan bau dia wangi lembut sangat.

Sabun ni dalam bentuk liquid yang pekat, jadi hanya beberapa titik sahaja sudah memadai.
Detail info mengenai setiap product ada Na sharekan dibawah.

Detail kandungan Gentle Wash 

Detail kandungan Massage oil 

Detail kandungan Soothing Lotion  

So, macam mana nak beli produk ni ? 

Ada boleh whatsapp Na 013-3057543 atau klik saje link ni, untuk terus ke whasapp.

Arina Burhan
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang

Saturday 18 November 2017

Kebaikan dan Manfaat Ostematrix

Entri kali ni nak cerita mengenai Kebaikan Ostematrix Shaklee. Ostematrix ni sebenarnya Kalsium yea. Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen, sementara magnesium perlu untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang, dengan mencegah pembentukan kalsium di dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. 

Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang-tulang, tetapi juga membantu mengurangkan gejala-gejala osteoarthritis.

Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia. Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas. 

Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima yang menyeluruh.





Apa pula Kandungan dalam Ostematrix Shaklee:

Kalsium (1000mg) - Sumber semulajadi yang berkonsentrasi dan mudah diserap
Magnesium (400mg) - Bantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang & menguatkannya
Vitamin D (400IU) - Merangsangkan penyerapan kalsium
Boron - Bantu dalam metabolisme tulang
Mangan, tembaga & zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang




Manfaat Ostematrix Shaklee

  • Membantu dalam pembentukan tulang dan gigi yang sihat
  • Mengelakkan penyakit osteoporosis (tulang rapuh)
  • Memulihkan kekejangan dan kebas-kebas
  • Meringankan stress
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Melegakan sakit ketika haid
  • Membantu dalam masalah gastrik
  • Penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf & merehatkan otot sewaktu kontraksi
  • Mengurangkan risiko praeklampsia
  • Membantu mengurangkan sakit belakang
  • Mengurangkan risiko osteoporosis
  • Membantu mengurangkan kebas dan sesemut
  • Membantu melegakan sembelit
  • Membantu dalam masalah tumit kaki sakit/pecah-pecah
  • Membantu masalah kolestrol
  • Menggalakkan kulit yang cantik
  • Melegakan sakit-sakit sendi
  • Membantu mengurangkan risiko penyakit jantung
  • Membantu melembutkan najis
  • Membantu mengatasi migrain
  • Membantu masalah buasir


Perkara menarik mengenai Ostematrix Shaklee

  • Ianya sangat mudah ditelan kerana bersaiz kecil dan disalut licin , dan ia juga memberi alternatif kepada mereka yang tidak menyukai susu sebagai sumber kalsium.
  • Tidak berbau
  • Tidak mempunyai rasa
  • Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

Cara-cara pengambilan Ostematrix Shaklee:

Ambil 4 biji sebelum tido
Sebotol mengandungi 120 biji ostematrix


Tanda-tanda Kekurangan Kalsium

  • Kerap sakit gigi
  • Gusi Berdarah
  • Kejang Otot
  • Rambut kasar
  • Tumit pecah/ kasar
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering


Siapa yang sesuai mengambil Ostematrix Shaklee


  • Mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat
  • Mereka yang tidak suka minum susu, jadi boleh ambil ostematrix
  • Ibu menyusu untuk meningkatkan lagi pengeluaran susu
  • Ibu Mengandung
  • Mereka yang mengalami masalah sembelit
  • Mereka yang mengalami masalah tulang/sendi
  • Mereka yang kerap lesu / letih
  • Mereka yang selalu kekejangan otot


Menarik kan Ostematrix nie. 

Mesti cuba untuk mereka yang belum pernah mencuba.











Okay korang, kalau order / nak tanya apa -apa berkaitan dengan Shaklee boleh je klik DISINI




Arina Burhan,
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang 



Thursday 16 November 2017

Hilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih

Pernah tak rasa terganggu bila tengok dekat cermin nampak jerawat 3 hari lepas tak hilang- hilang?

Pahtu korang mekap tebal -tebal semata nak cover jerawat tu, ishhhh menyampah khenss!

Sabor2 ni, ni Na nak bagi tips jimat, murah lagi senang kat korang. Pakai barang kat dapur je dah boleh hilangkan jerawat korang tu. Nak tahu tak ?

Kat rumah korang mesti ada BAWANG PUTIH kan?



Apa boleh buat bawang putih tu kat jerawat? Bawang putih ni dia punya ataupun air bawang putih bantu kecutkan jerawat tanpa tinggalkan sebarang parut tau.

Bagus sangat khasiat bawang putih. Bukan setakat kecutkan jerawat malah sikit pon parut takkan timbul!

Cara nak buat :

1. Ambil seulas bawang putih
2. Tumbuk bawang sampai sehalusnya
3. Kemudian sapu dekat bahagian jerawat tu
4. Biarkan sampai kering lepas tu bilas dengan air yang bersih

Cara macam ni seeloknya guna waktu malam atau sebelom masuk tido.Dan masa nak apply kat muka tu, jangan sapu banyak sangat sebab effectnya nanti akan jadi irriasi pada kulit. sapu nipis plus manja- manja gitu.

Kalau korang nak tau, selain hilangkan jerawat bawang putih ni ada banyak lagi khasiat tau.

Korang nak tau tak 10 khasiat bawang putih?

1. Mencegah kerancunan makanan 



Bawang putih mengandungi ciri-ciri antibakteria, antimikrob dan juga antivirus. Sebagai agen antibakteria yang kuat, ia mampu untuk membunuh bakteria merbahaya kepada badan manusia seperti salmonella, staphyloccocus dan e coli.

Oleh itu, pangambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadi kerancunan makanan.

2. Mengubati jangkitan kulat pada kulit 



Bawang putih merupakan agen antikulat yang dapat melawan jangkitan kulat serta jangkitan yis.

Bagi mereka yang mengalami jangkitan kulat seperti ringworm pada kulit, seriawan (thrush) atau athlete's foot, anda boleh mencuba dengan merendamkan kaki ke dalam besen yang mengandungi campuran air suam  dann beberapa ulas bawang putih yang telah dilenyekkan.

3. Mengubati jerawat




Sifat anti oksida dan antibakteria yang terdapat pada bawang putih dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka yang berjerawat.

Ciri antibakteria yang ada pada bawang putih mampu mengecutkan dan menghilangkan jerawat secara perlahan-lahan. Ia juga bertindak untuk mengurangkan parut jerawat.

4. Menambahkan tenaga fizikal dan stamina 

Di zaman purba Mesir, golongan hamba abdi dan buruh pada ketika itu yang bekerha keras dalam pembinaan piramid di Mesir telah diberi makan bawang putih dengan tujuan meningkatkan tenaga fizikal mereka.

Pemakanan bawang putih untuk peningkatan stamina ini turut juga diamalkan di kalangan atlet-atlet dan golongan askar dalam tamadun Yunani.

5. Mencegah serta menyembuhkan deman dan selesema 




Kandungan antioksida dalam bawang putih dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah daripada dijangkiti deman dan selesema

6. Mengawal berat badan




Yang ni mesti korang tertarik sangat nak tahu kan. Bawang putih mampu maningkatkan tahap metabolisme badan serta menghentikan penghasilan sel-sel lemak dalam badan. Campuran bawang putih, madu dan cuka juga elok diminum selalu kerana ia sangat berkesan untuk membuang lemak dari badan.

Hah, dah dapat berita baikkan khasiat bawang putih.

7. Melindungi jantung dan menurunkan kadar kolestrol serta tekanan darah 



Bawang putih dapat mencegah dari serangan jantung dan penyakit atherosclerosis (masalah arteri mengeras). Semakin usia kita meningkat, arteri semakin sukar mengembang.

Kajian mendapati bahawa pengambilan satu ulas bawang setiap hari berkesan untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam badan seseorang sebanyak 10%-15%.

Keistimewaan bawang putih termasuklah juga memiliki ciri-ciri anti-gumpal yang boleh membantu mencegah terbentuknya darah beku dalam pembuluh darah.



8. Menurunkan tahap gula dalam darah



Bawang putih dapat mengawal jumlah kandungan gula dalam darah dan membantu menyeliakan insulin dalam tubuh. Pengambilannya boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga untuk mencegah menyakit diabetes.

Namun, bagi pesakit diabetes yang mengambil insulin dalam rawatan seharian, penggunaan bawang putih sebagai remedi sampingan hendaklah mendaptkan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.

9. Mengatasi masalah rambut gugur



Sebelom tido, ambil beberapa ulas bawang putih dan lumatkan. Sapu dan gosok-gosokkan pada
kulit terutama pada bahagian dimana rambut banyak gugur.

10. Mengurangkan angin dalam badan



Sesetengah orang kerap mengalami kemasukan angin dalam badan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kempung perut.

Petua untuk melegakan masalah angin juga melibatkan penggunaan bawang. Ambil dan bakar dua ulas bawang bersama kulitnya dalam masa beberapa minit. Setelah nampak garing, buang kulit dan makan bawang tersebut. Dalam masa beberapa minit anda akan merasai sendiri kesannya.

So, bagaimana pulak dengan orang yang tak suka atau takda masa untuk mengamal petua -petua menggunakan bawang putuh tadi ?

Jangan risau, Shaklee sudah menyediakan supplement berasaskan bawang putih iaitu Garlic Complex dalam berbentuk pil untuk memudahkan hal anda. Tapi yang pastinya, khasiat Garlic Complex sama dengan Garlic asli.



Untuk pengetahuan semua, Garlic Complex ni dibuat darpada bawang putih jenis premium , yang mana bebas daro racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.

Ianya juga dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (bukan semua tablet bawang putih dipasaran mengandungi Allicin aktif tau!) Dwi teknologi juga digunakan untuk mengawal bau bawang putih. So, yang cannot go bau bawang tu sangat sesuai diamalkan Garlic Complex dari Shaklee.

Berminat memcuba Garlic Complex dari Shaklee, kawan -kawan boleh klik DISINI untuk dapatkan dengan Na berserta konsultan pengambilan vitamin supplement dengan betol atau untuk pertanyaan yang lain.


Arina Burhan,❤
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang





Wednesday 15 November 2017

Kenapa Saya Masih Setia Dengan Shaklee #Part1

Ada beberapa sebab na setia dengan Shaklee. Dari bulan March sampai loni.

Hampir 8 bulan tu, bangga sat. Bukan apa, biasa kalu dok cuba jual any produk tak sampai ke tahap tu. Paling koman, dah bosan jual tu tukar produk lain.

Sungguh ku jenis tak setia! hahaha

Bermula dengan pembelian SR Vitamin C dengan harga RP masa tu ( harga biasa). Dapat tahu yang Shaklee boleh  “berbisness” boleh dapat duit poket. 2, 3 minggu lepas tu terus daftar ahli dengan Master Nadiah Suhaidi.

Syukur alhamdulillah Allah swt hantar na dalam team Shaklee yang sangatttt hebat bagi na. Iaitu dalam team #Maestro dan #S2U

Sebelom ni na ada jugak menjual produk. Na pernah jual tudung, pernah jual keropok, jual triffle dan beberapa produk lain. 

Rajin tak ? Harus la wajib rajin sebab fokus na nak duit poket tanpa mintak dari ma atau arwah abah.

Malu ? Tu perkara biasa, janji na dapat apa yang na nak. Malu pon rela ku redah!

Masa jual tudung. Pagi dan malam kumpul order, tengahari matahari panas ceng2 atas kepala pegi ambik order customer. Lepas ambik order pegi COD plak kat customer sorang2. Masa tu hulu ke hilir dengan motor kakak.

Sungguh ku takkan lupa.

Zaman projek tudung gilang gemilang


Tak kisah dah muka macam mana masa tu. Ingat lagi, ayat yang terkeluar kat mulut arwah abah, anak sapa ni ? Kulit dah tertukar warna (sebab na jenis kulit mudah sunburn, tu kesah dulu sekarang tak kisah dah main panas). tapi tak kisah pon dengan abah kata, janji puas hati dengan hasil.

Kita lek2 je. 

Tapi bila masuk dalam dunia Shaklee. Ya Allah kenapa aku tak dihantar dari dulu lagi.

Bisness yang sangat senang dan mudah.

Na tak payah nak berpanas lagi. Tak payah ke hulu ke hilir sana sini.

Sekarang na kerja sebagai guru taska. Disamping tu, tangan ni memang takleh dok diam. Ada je nak buat. So, na pilih untuk jual Shaklee.

Tapi yang syoknya dalam bisness Shaklee apa yang penting, na tak payah simpan stok. Kalu customer nak, na just log in dalam Shaklee2U.Com


Kemudahan dalam bisness Shaklee. Klik2 je order dari customer


Klik2 sana, klik2 sini. Pahtu semua Shaklee yang uruskan. Shaklee yang urusankan untuk menghantar barang customer depan rumah. 

Easy right?

Untung buat Shaklee kan. 

Selain dari kemudahan Shaklee poskan barang kepada customer, na boleh jgak COD sendiri. Nak rasa fefelling jumpa customer tersayang. Jumpa face to face dengan customer. Fefelling macam na mula2 beli Shaklee dulu. 


Sedia COD untuk customer tersayang 


Gitu yehhh! Hehehehe 

Sebab tu, antara satu sebab na masih setia dengan Shaklee. Shaklee adalah bisness yang mudah untuk na. 
Sambil layan anak2 syurga pon menyempat nak layan customer. Menyempat nak klik order untuk customer. 

Janji buat lebih, hasil lebih.

#SetiaBersamaShaklee

Arina Burhan, ❤️
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang 











Saturday 11 November 2017

Manfaat Omega Guard Shaklee Untuk Kesihatan

Ramai yang bertanya tentang Omega Guard Shaklee iaitu minyak Ikan Omega 3. Biasanya soalan tentang apa khasiat Omega Guard pada kesihatan.

Manfaat utama Omega Guard Shaklee iaitu minyak ikan untuk kesihatan ialah:


  1. Menyokong Kesihatan Jantung
  2. Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat 
  3.  Menyokong Fleksibilit Sendi 
  4. Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu 
  5. Menyokong Kesihatan Kulit 
  6. Meningkatkan Kesihatan Sperma 

Menyokong Kesihatan Jantung 

Keradangan (inflamation) pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Contohnya, sekiranya kita tengok anak yang terkena Ekzema. Bahagian luar akan nampak seperti ruam, tetapi bahagian dalam adalah membengkak.

Dan keradangan ini juga boleh berlaku pada jantung dan organ badan yang lain. Sudah tentu ia amat bahaya. Akibatnya, organ gagal berfungsi dengan baik. 

Keradangan ini juga boleh mengakibatkan salur darah rosak. Kesannya ia mengakibatkan penyakit jantung dan strok.



Dalam banyak kajian yang dijalankan, ada penemuan yang membuktikan EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid ) dalam Omega 3 membantu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Iaitu dengan cara melancarkan peredaran darah, kekalkan rentak jantung. 

Omega 3 membantu mengatur tekanan darah yang baik. Sebab apa ? Sebab tekanan darah tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah. Kesannya, membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat. Jadi omega 3 berperanan untuk membantu. 

Omega 3 membantu meningkatkan "kolestrol baik" (HDL) dan mengurangkan paras "kolestrol jahat"(LDL) dan triglisride. 

Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat 


Tau tak ? 60% dari otak kita terdiri daripada lemak. Untuk otak, DHA dan EPA ini membantu menggalakkan signal saraf otak saling berhubung untuk optimumkan keupayaan otak.


  • Omega 3 membaiki fungsi kognitif dan perasaan
  • Omega 3 meningkatkan memori atau ingatan dalam pembelajaran dan memanjangkan daya fokus
  • Omega 3 juga memberikesan pada mood, iaitu membantu mengurangkan stress (mood yang baik)
  • Omega 3 melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan. Iaitu membantu dalam atasi masalah yang berkaitan  dengan kekurangan fungsi otak seperti alzheimei (penyakit lupa).
Menyokong Fleksibiliti Sendi 

Bila sebut pasal kesihatan sendi, teringat bonda kat kampung. Bila pergi surau/ masjid tengok pakcik makcik yang solat duduk atas kerusi. Tak dapat nak sujud disebabkan sakit di bahagian sendi. Satu nikmat yang dipinjamkan amat berharga. 


Omega 3 membantu dalam menghalang daripada berlakunya keradangan. 

Dan ia membantu dalam pengurangan penghasilan enzim yang boleh mengakibatkan sakit pada sendi. Maksudnya, orang yang alami masalah arthiritis sangat memerlukan Omega 3 

Omega 3 membantu dalam menstabilkan mineral pada tulang dan membantu dalam lancarkan pergerakan sendi, mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi. 

Pendek kata ia sebagai pelincir semula jadi bagi menyenangkan pergerakan. 

Disamping itu, Omega 3 juga bantu mengurangkan kekakuan dan meningkatkan fleksibiliti sendi. 


Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil & Menyusu 

Omega 3 ni sebenarnya sangat penting sepanjang kehamilan. Even Na belom ada pengalaman mengandung tapi melihat pengalaman dari kakak2 dan sahabat yang lain memang setuju dengan fakta ni. 

Pengambilan Omega 3 sepanjang kehamilan amat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Kajian terbaru meunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan-bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.




  • Omega 3 membantu mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
  • Omega 3 membantu mengurangkan isiko preclamsia (tekanan darah tinggi semasa hamil)  a
  • Omega 3 membantu mengurangkan risiko bayi dapat alergi / ekzema selepas kelahiran.
  • Omega 3 membantu menguatkan imunisasi bayi.

Untuk ibu menyusu / berpantang selepas bersalin, pengambilan omega 3 sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata anak. Andai tidak konsisten pengambilan omega ketika hamil, anda boleh konsisten ambil sepanjang proses penyusuan bayi. Bonus, ibu dapat slim down selpeas beranak.

Ibu menyusu dan berpantang juga dapat mengurangkan risiko meroyan selpeas melahirkan anak.


Menyokong Kesihatan Kulit

Omega 3 membantu mengurangkan kekeringan kulit serta membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat.

Meningkatkan Fungsi Imun

Omega 3 membantu meningkatkan fungsi Sel B, iaitu sel imunisasi badan


Meningkatkan Kesihatan Sperma

Ia memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang berbentuk struktur membran sel sperma. 

Banyakkan manfaat Omega 3 ni dalam meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. 

Rugi bagi yang ambil mudah akan pengambilan Omega 3. 

Kalau luaran kita nak cantik macam umur 20-30 an. Apa salahnya kalau kesihatan badan dan minda (otak) kita pun cantik macam 20-30 an kan.

Hadiahkan pada diri sendiri, suami, ibu ayah, mertua dan orang tersayang. Boleh klik di sini untuk dapatkan harga promosi Nak Shaklee 

Terima kasih untuk pembaca semua. 



Arina Burhan,❤
Pengedar Shaklee Bangi &Kajang 

  












Saturday 4 November 2017

Aturan Makan Vitamin Shaklee

Assalamualaikum semua.

Entri kali ni Na nak share tentang cara makan vitamin Shaklee.

ATURAN MAKAN VITAMIN SHAKLEE 





B COMPLEX
Tahan 4 bulan
✔️ 1 biji sehari after breakfast

Chew Vita C
Tahan sebulan
✔️1-2biji sehari

CAROTO MAX
Tahan sebulan
✔️ 1 biji sehari after breakfast
 *Kalau kritikal 2 bji sehari

COLLAGEN
Tahan 15hari- sebulan
✔️ 1 scht sehari / 1 scht untuk 2 hari
✔️ Sebaiknya diambil pada waktu malam

PYHTOCOL
Tahan 2 bulan 
2 biji sebelum makan
Kalau heavy meal amik lebih lagi bagus ye 

VIVIX
Tahan 1-1.5 bulan 
✔️ Hanya 1 sudu teh sahaja 
✔️ Setiap hari 
✔️ Ambil waktu pagi
✔️ Goncang sebelum minum 
✔️ Simpan di dalam peti sejuk

VITA LEA
Tahan 4 bulan
✔️ 1 biji sehari selepas lunch   

SR Vitamin C
Tahan 6 bulan 
✔️ 1 biji selepas breakfast
(Digalakkan ambil bersama vitalea kerana vitamin c membolehkan penyerapan iron dlm badan secara optimum)

ZINC
Tahan 4 bulan  
✔️ 1 biji sebelum makan malam

OSTEMATRIX
Tahan sebulan
✔️ 4 biji sebelum tidur


VITAMIN E
Tahan 4 bulan  
✔️ 1 biji sebelum tidur

Energizing Soy Protein (ESP)
Tahan 1-1.5 bulan 
✔️ Minum 1 kali sehari
• Selepas bangun tidur


ALFALFA
Tahan 1-1.5bln
✔️ maksimum 10 biji sehari, tapi lepas bersalin susu biasa banyak cukup makan 5-6 sehari
• 2 slps breakfast
• 2 slps lunch dan
• 2 slps dinner
(Selepas bersalin 2 minggu atau jika baby tiada jaundis baru boleh makan alfalfa)
Untuk masalah kesihatan lain
• 3 slps breakfast
• 4 slps lunch dan
• 3 slps dinner

LECITHIN
Tahan 1-1.5 bulan 
✔️ Makan 6 biji sehari
• 2 biji selepas breakfast
• 2 biji selepas lunch
• 2 biji selepas dinner
ATAU
• 3 biji selepas breakfast
• 3 biji selepas lunch atau dinner

OMEGA GUARD 
Tahan 1-1.5 bulan 
✔️ Untuk ibu hamil/kanak- kanak 2 tahun ke atas makan 1 biji sehari selepas breakfast 
✔️ Untuk dewasa/ibu tidak hamil makan 2 biji sehari selepas breakfast   

GARLIC
Tahan sebulan 
✔️ 2 biji sehari
• 1 biji selepas breakfast
• 1 biji selepas dinner 

ADVANCE JOINT HEALTH TABLET (AJHT)
Tahan sebulan 
✔️ 2 biji sehari selepas sarapan

COQ HEALTH
Tahan sebulan 
✔️ 1 biji sehari selepas makan   

GLA COMPLEX 
Tahan 1-1.5 bulan
✔️ Utk kesuburan mkn 2 biji sehari
✔️ 1 biji selepas bangun tidur
✔️ 1 biji sebelum tidur
makan pada hari pertama period sehingga hari subur iaitu kira-kira hari ke 14.
✔️ untuk kes PERIOD TIDAK TERATUR MAKAN SETIAP HARI
(GLA tidak boleh ambil bersama Alfalfa)

CINCH
Tahan 1-1.5 bulan
✔️ Cinch minum 2x sbg pengganti breakfast dan dinner
✔️ 200ml air dan cinch ikut kesesuaian

NUTRIFERON
*Apabila perlu
✔️ Buka 1 paket, curahkan ke dlm mulut
✔️ Satu paket sehari atau
✔️ Satu minggu sekali(1 paket) sahaja, ataupun apabila perlu.
✔️ Sila mkn secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan

MEALSHAKE
Tahan 1-1.5 bulan 
UNTUK KANAK² 2 tahun ke atas
✔️ minum 2 kali sehari
✔️ 1sudu teh
✔️ boleh dibancuh dengan susu / milo / lain² minuman anak

UNTUK KANAK² 1- 2 tahun 
✔️ minum 1 hari sekali 
✔️ 1sudu teh
✔️ boleh dibancuh dengan susu / milo / lain² minuman anak

UNTUK DEWASA
✔️ minum 1 kali sehari
✔️ 1 sudu besar
✔️ boleh dibancuh dengan air kosong atau apa2 minuman kegemaran

HERB LAX
Tahan 1-1.5 bulan
✔️ Herb lax kebiasaan makan 3 x seminggu
✔️ Makan 2 atau 3 biji sekali makan
✔️ Tp kalau nk makan 2 biji sblm tidur pun boleh

DTX
Tahan 1- 1.5 bulan
✔️ 2-3 biji sehari
• mulakan 2 biji dahulu
• mkn slps pukul 10mlm

PEPPERMINT
Tahan 1- 1.5 bulan 
✔️ 2-3 biji sehari ambil slps mkn
• larutkan 2-3 biji peppermint dlm air suam 
• atau telan terus 2-3 biji pun boleh



P E N T I N G 

✅ PASTIKAN MINUM AIR MASAK 2.5 ATAU 3 LITER SEHARI.
✅ Elakkan pengambilan kafein (kopi, teh, nescafe) atau air bergas bersama supplement kerana kafein boleh menghalang penyerapan

Sebarang pertanyaan produk boleh whatsapp Na terus. Boleh klik di sini Nak Shaklee

Salam sayang, ❤

Arina Burhan
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang

Promosi November



Assalamualaikum semua. ☺

Siapa nak tahu promosi Shaklee bulan ni ? Its family time!

Baiknya Shaklee kan. Bulan ni memang promosi kaw3 untuk satu family terus. Untuk mak, ayah dan anak- anak.

BELI 3 BOTOL #VitaLeaForChildren DAPAT FREE 1 BOTOL

BELI MANA2 PRODUK MINIMUM 100UV DALAM SINGLE RESIT ( #Esp#VitaLea #BComplex #VitaminC atau #OmegaGuard) DAPAT DISCOUNT 20% #VitaminEComplex atau #GLaComplex


Beli 3 percuma 1 dengan pebelian satu resit

Promosi diskaun 20% dengan setiap pembelian 100 UV (ESP, Omega Guard, SR Vitamin C atau Vita Lea) dalam satu resit


Suka2 ya amat! Terlajak promosi sudah 👏🏼👏🏼👏🏼

Jom borong #Shaklee bulan ni , boleh buat stok berbulan ni

Klik je link Promosi November Shaklee


Arina Burhan, ❤
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang









Thursday 2 November 2017

Vitamin C Shaklee Mengatasi Radikal Bebas Untuk Kulit Yang Sihat

Assalamualaikum semua.

Harini na nak share tentang Vitamin favour ramai, termasuk dengan diri na sendiri. Kalu miss Vitamin ni pasti rasa. Haishhh rugi ya amat!

Okay. Lets go.



Alami semula nikmat kesihatan dengan mengambil nutrien yang tepat. Vitamin C adalah vitamin larut air yang mempunyai pelbagai fungsi terhadap badan, dan fungsi utamanya adalah sebagai antioksida. Ia juga memainkan peranan penting untuk menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan secara umumnya semua yang membentuk tubuh anda.

Keistimewaan Shaklee

•Merupakan produk semulajadi yang dihasilkan daripada ekstrak jagung serta sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

Sistem pelepasan berperingkat yang melepaskan 500mg vitamin C dalam masa lima jam untuk meningkatkan penggunaan dan mengurangkan pembaziran vitamin C. Ianya bersamaan dengan pengambilan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

Diperkaya dengan 120mg bioflavonoid sitrus yang bertindak secara sinergi dengan vitamin C, untuk meningkatkan lagi keberkesannya.

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C

• Memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesihatan gigi, gusi, tulang dan juga kulit anda.

• Memainkan peranan penting dalam penyelenggaraan kolagen dengan mengekalkan enzim-enzim aktif yang terlibat dalam penghasilan kolagen.

Kesimpulannya, memang tak rugi kalau consume Vitamin C Shaklee kan. Bukan saja untuk kecantikkan luaran malah kesihatan dalaman pon pasti dapat.

Nak dapatkan Vitamin C Shaklee?

Sekian dari Na, terima kasih sebab sudi membaca.

Salam sayang, ❤

Arina Burhan
SID 1258908


Wednesday 1 November 2017

Soalan Dan Jawapan Mengenai Ostematrix Shaklee

Assalamualaikum semua. Kali ni Na nak share pasal soklan dan jawapan mengenai Ostematrix. Jemput baca semua. ❤  






-----------------------------------

S1 : Kalau kanak2 umur brp boleh start bg oste?
J1 : Ostematrix dibuat utk individu dewasa (18 ke atas). Kanak2 ambik sumber kalsium drp mealshake. 16 tahun dah boleh ambik oste*

S2 : Apakah had maksimum untuk mengambil oste?
J2 : Bergantung kepada keperluan individu. RDA sarankan 1000mg sehari (4 biji). Jika ada masalah tulang/rapuh/slip disc/patah etc boleh ambik lebih.*

S3 : Berapakah pengambilan yang sesuai atau had untuk wanita hamil mengambil oste.
J3 : 4 biji secara tetap setiap hari. Ambil lebih lebih bagus sebab ada banyak faktor badan tak dapat serap khasiat sepenuhnya kalsium tu. Ambil juga ESP.*

S4 : Warga emas makan ostematrix, dada sakit, apa tandanya?
J4 : Kena tahu keadaan kesihatan dia. Ada ambil ubat hospital atau dah ada penyakit?*

S5 : Masa terbaik untuk makan oste.
J5 : 4 biji malam*

S6 : Untuk kes accident yang patah2 tulang tu, sejauh mana oste blh membantu.
J6 : kalsium akan masuk ke dalam tulang dan mineral lain akan bantu tambah ketumpatan tulang. Sama macam keadaan biasa juga*

S7 : Ada kaitan ke makan Ostematrix untuk bantu lancarkan edaran darah dan bantu dlm hubungan suami isteri?Ada suami yang ambil dan dapat kesan 'mengeras' di bahagian sulitnya.
J7 : Positif atau negatif ni? Ya. Kalsium bantu utk kuatkan otot.*

S8 : boleh ke up kan dos pengambilan oste jika sakit gigi ketika hamil.
J8 : ya. Boleh up kan dos. Ambil Vita C jgk.*

S9 : Bagaimana Ostematrix ni bantu tido lena dan mudahkan pelawasan smpi org sembelit pun disarankan ambil Oste.
J9 : Kalsium diperlukan oleh otot manusia dlm setiap pergerakan. Jika orang tu stress, oste bantu utk relief contraction of muscle. Dia tidur lebih lena.*
*Otot di bahagian usus tu yg kawal pergerakan najis. Najis tu tak berubah. Tapi otot tu yg lebih mudah dikawal. Maka, senang membuang*  
Banyakkan ambil makanan byk serat.

S10 : Ada tak kesan sampingan jika oste diambil secara berlebihan?
J10 : Dah ramai pengguna Shaklee yg ambil lebih drp 4 biji/hari. Dah berpuluh tahun ambil. Mereka buat test, tiada masalah batu karang etc.*
*Shaklee ada landmark study utk pengguna yang dah lebih 20 tahun. Tiada masalah kesihatan.*

S11 : Bagaimana oste membantu dalam mengurangkan masalah gastrik.
J 11 : gastrik ni sebab acidity perut tinggi. Kalsium ni alkali. Ia akan meneutralkan perut. Ia juga legakan otot2 perut. Kalau gastrik, ambil Oste + ESP 

S12 : Doc maklumkan kepada cust saya, ostematrix shaklee akibatkan batu karang, adakah sebarang kajian dari shaklee ttg ini?
J 12 : Mungkin doc maksudkan kalsium di pasaran secara keseluruhan. Rujuk gambar clinikal study/carta. Kalsium diserap oleh darah dan digunakan oleh badan. Kalau tak digunakan oleh badan, barulah ada masalah sperti jadi batu karang etc. Dalam kalsium Shaklee ada mineral lain yg bantu kalsium diserap sepenuhnya.*

S13 : Apakah vitamin yg TIDAK BOLEH diambil bersama-sama oste.
J13 : Semua boleh ambil. Makanan lain pun. Tapi elakkan ambil kafein serentak dgn kalsium.*

S14 : Jika hamil kembar, adakah ibu perlu upkan dos oste? Jika ya, brp?
J14 : Ya. Boleh upkan dos. Maybe 6 biji sehari.*

S15 : Brp biji Oste perlu diambil bg ibu yg bf & hamil pada waktu yg sama?terutama kalau x amik sumber kalsium yg lain.
J15 : Rujuk no 3*

Sekian terima kasih. Sebarang pertanyaan boleh terus whatsapp na Vitamin Shaklee Malaysia


Arina Burhan,
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang

Promosi Disember 2017

1.Vivix  Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi cam...