Saturday 11 November 2017

Manfaat Omega Guard Shaklee Untuk Kesihatan

Ramai yang bertanya tentang Omega Guard Shaklee iaitu minyak Ikan Omega 3. Biasanya soalan tentang apa khasiat Omega Guard pada kesihatan.

Manfaat utama Omega Guard Shaklee iaitu minyak ikan untuk kesihatan ialah:


  1. Menyokong Kesihatan Jantung
  2. Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat 
  3.  Menyokong Fleksibilit Sendi 
  4. Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil dan Ibu Menyusu 
  5. Menyokong Kesihatan Kulit 
  6. Meningkatkan Kesihatan Sperma 

Menyokong Kesihatan Jantung 

Keradangan (inflamation) pada badan boleh merosakkan salur darah dan menyebabkan penyakit jantung dan strok.

Contohnya, sekiranya kita tengok anak yang terkena Ekzema. Bahagian luar akan nampak seperti ruam, tetapi bahagian dalam adalah membengkak.

Dan keradangan ini juga boleh berlaku pada jantung dan organ badan yang lain. Sudah tentu ia amat bahaya. Akibatnya, organ gagal berfungsi dengan baik. 

Keradangan ini juga boleh mengakibatkan salur darah rosak. Kesannya ia mengakibatkan penyakit jantung dan strok.



Dalam banyak kajian yang dijalankan, ada penemuan yang membuktikan EPA (Eicosapentaenoic Acid) dan DHA (Docosahexaenoic Acid ) dalam Omega 3 membantu mengurangkan risiko terkena penyakit jantung. Iaitu dengan cara melancarkan peredaran darah, kekalkan rentak jantung. 

Omega 3 membantu mengatur tekanan darah yang baik. Sebab apa ? Sebab tekanan darah tinggi boleh memberi tekanan pada salur darah. Kesannya, membebankan jantung untuk bekerja lebih kuat. Jadi omega 3 berperanan untuk membantu. 

Omega 3 membantu meningkatkan "kolestrol baik" (HDL) dan mengurangkan paras "kolestrol jahat"(LDL) dan triglisride. 

Menyokong Fungsi Otak Yang Sihat 


Tau tak ? 60% dari otak kita terdiri daripada lemak. Untuk otak, DHA dan EPA ini membantu menggalakkan signal saraf otak saling berhubung untuk optimumkan keupayaan otak.


  • Omega 3 membaiki fungsi kognitif dan perasaan
  • Omega 3 meningkatkan memori atau ingatan dalam pembelajaran dan memanjangkan daya fokus
  • Omega 3 juga memberikesan pada mood, iaitu membantu mengurangkan stress (mood yang baik)
  • Omega 3 melambatkan kemerosotan mental yang berkaitan dengan penuaan. Iaitu membantu dalam atasi masalah yang berkaitan  dengan kekurangan fungsi otak seperti alzheimei (penyakit lupa).
Menyokong Fleksibiliti Sendi 

Bila sebut pasal kesihatan sendi, teringat bonda kat kampung. Bila pergi surau/ masjid tengok pakcik makcik yang solat duduk atas kerusi. Tak dapat nak sujud disebabkan sakit di bahagian sendi. Satu nikmat yang dipinjamkan amat berharga. 


Omega 3 membantu dalam menghalang daripada berlakunya keradangan. 

Dan ia membantu dalam pengurangan penghasilan enzim yang boleh mengakibatkan sakit pada sendi. Maksudnya, orang yang alami masalah arthiritis sangat memerlukan Omega 3 

Omega 3 membantu dalam menstabilkan mineral pada tulang dan membantu dalam lancarkan pergerakan sendi, mengurangkan rasa sakit dan bengkak pada sendi. 

Pendek kata ia sebagai pelincir semula jadi bagi menyenangkan pergerakan. 

Disamping itu, Omega 3 juga bantu mengurangkan kekakuan dan meningkatkan fleksibiliti sendi. 


Nutrisi Penting Untuk Ibu Hamil & Menyusu 

Omega 3 ni sebenarnya sangat penting sepanjang kehamilan. Even Na belom ada pengalaman mengandung tapi melihat pengalaman dari kakak2 dan sahabat yang lain memang setuju dengan fakta ni. 

Pengambilan Omega 3 sepanjang kehamilan amat penting untuk perkembangan otak dan mata bayi.

Kajian terbaru meunjukkan pengambilan omega 3 semasa bulan-bulan terakhir kehamilan meningkatkan perkembangan sensori, kognitif dan motor bayi.




  • Omega 3 membantu mengurangkan risiko kelahiran pra-matang
  • Omega 3 membantu mengurangkan isiko preclamsia (tekanan darah tinggi semasa hamil)  a
  • Omega 3 membantu mengurangkan risiko bayi dapat alergi / ekzema selepas kelahiran.
  • Omega 3 membantu menguatkan imunisasi bayi.

Untuk ibu menyusu / berpantang selepas bersalin, pengambilan omega 3 sangat membantu dalam perkembangan otak dan mata anak. Andai tidak konsisten pengambilan omega ketika hamil, anda boleh konsisten ambil sepanjang proses penyusuan bayi. Bonus, ibu dapat slim down selpeas beranak.

Ibu menyusu dan berpantang juga dapat mengurangkan risiko meroyan selpeas melahirkan anak.


Menyokong Kesihatan Kulit

Omega 3 membantu mengurangkan kekeringan kulit serta membantu mengurangkan keradangan yang boleh menyebabkan jerawat.

Meningkatkan Fungsi Imun

Omega 3 membantu meningkatkan fungsi Sel B, iaitu sel imunisasi badan


Meningkatkan Kesihatan Sperma

Ia memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang berbentuk struktur membran sel sperma. 

Banyakkan manfaat Omega 3 ni dalam meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. 

Rugi bagi yang ambil mudah akan pengambilan Omega 3. 

Kalau luaran kita nak cantik macam umur 20-30 an. Apa salahnya kalau kesihatan badan dan minda (otak) kita pun cantik macam 20-30 an kan.

Hadiahkan pada diri sendiri, suami, ibu ayah, mertua dan orang tersayang. Boleh klik di sini untuk dapatkan harga promosi Nak Shaklee 

Terima kasih untuk pembaca semua. 



Arina Burhan,❤
Pengedar Shaklee Bangi &Kajang 

  












No comments:

Post a Comment

Promosi Disember 2017

1.Vivix  Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi cam...