Thursday 16 November 2017

Hilangkan Jerawat Dengan Bawang Putih

Pernah tak rasa terganggu bila tengok dekat cermin nampak jerawat 3 hari lepas tak hilang- hilang?

Pahtu korang mekap tebal -tebal semata nak cover jerawat tu, ishhhh menyampah khenss!

Sabor2 ni, ni Na nak bagi tips jimat, murah lagi senang kat korang. Pakai barang kat dapur je dah boleh hilangkan jerawat korang tu. Nak tahu tak ?

Kat rumah korang mesti ada BAWANG PUTIH kan?



Apa boleh buat bawang putih tu kat jerawat? Bawang putih ni dia punya ataupun air bawang putih bantu kecutkan jerawat tanpa tinggalkan sebarang parut tau.

Bagus sangat khasiat bawang putih. Bukan setakat kecutkan jerawat malah sikit pon parut takkan timbul!

Cara nak buat :

1. Ambil seulas bawang putih
2. Tumbuk bawang sampai sehalusnya
3. Kemudian sapu dekat bahagian jerawat tu
4. Biarkan sampai kering lepas tu bilas dengan air yang bersih

Cara macam ni seeloknya guna waktu malam atau sebelom masuk tido.Dan masa nak apply kat muka tu, jangan sapu banyak sangat sebab effectnya nanti akan jadi irriasi pada kulit. sapu nipis plus manja- manja gitu.

Kalau korang nak tau, selain hilangkan jerawat bawang putih ni ada banyak lagi khasiat tau.

Korang nak tau tak 10 khasiat bawang putih?

1. Mencegah kerancunan makanan 



Bawang putih mengandungi ciri-ciri antibakteria, antimikrob dan juga antivirus. Sebagai agen antibakteria yang kuat, ia mampu untuk membunuh bakteria merbahaya kepada badan manusia seperti salmonella, staphyloccocus dan e coli.

Oleh itu, pangambilan bawang putih dapat mencegah daripada terjadi kerancunan makanan.

2. Mengubati jangkitan kulat pada kulit 



Bawang putih merupakan agen antikulat yang dapat melawan jangkitan kulat serta jangkitan yis.

Bagi mereka yang mengalami jangkitan kulat seperti ringworm pada kulit, seriawan (thrush) atau athlete's foot, anda boleh mencuba dengan merendamkan kaki ke dalam besen yang mengandungi campuran air suam  dann beberapa ulas bawang putih yang telah dilenyekkan.

3. Mengubati jerawat




Sifat anti oksida dan antibakteria yang terdapat pada bawang putih dapat membantu menyelesaikan masalah kulit muka yang berjerawat.

Ciri antibakteria yang ada pada bawang putih mampu mengecutkan dan menghilangkan jerawat secara perlahan-lahan. Ia juga bertindak untuk mengurangkan parut jerawat.

4. Menambahkan tenaga fizikal dan stamina 

Di zaman purba Mesir, golongan hamba abdi dan buruh pada ketika itu yang bekerha keras dalam pembinaan piramid di Mesir telah diberi makan bawang putih dengan tujuan meningkatkan tenaga fizikal mereka.

Pemakanan bawang putih untuk peningkatan stamina ini turut juga diamalkan di kalangan atlet-atlet dan golongan askar dalam tamadun Yunani.

5. Mencegah serta menyembuhkan deman dan selesema 




Kandungan antioksida dalam bawang putih dapat merangsang sel-sel darah putih yang membantu meningkatkan sistem imunisasi badan dan mencegah daripada dijangkiti deman dan selesema

6. Mengawal berat badan




Yang ni mesti korang tertarik sangat nak tahu kan. Bawang putih mampu maningkatkan tahap metabolisme badan serta menghentikan penghasilan sel-sel lemak dalam badan. Campuran bawang putih, madu dan cuka juga elok diminum selalu kerana ia sangat berkesan untuk membuang lemak dari badan.

Hah, dah dapat berita baikkan khasiat bawang putih.

7. Melindungi jantung dan menurunkan kadar kolestrol serta tekanan darah 



Bawang putih dapat mencegah dari serangan jantung dan penyakit atherosclerosis (masalah arteri mengeras). Semakin usia kita meningkat, arteri semakin sukar mengembang.

Kajian mendapati bahawa pengambilan satu ulas bawang setiap hari berkesan untuk mengurangkan kadar kolestrol dalam badan seseorang sebanyak 10%-15%.

Keistimewaan bawang putih termasuklah juga memiliki ciri-ciri anti-gumpal yang boleh membantu mencegah terbentuknya darah beku dalam pembuluh darah.



8. Menurunkan tahap gula dalam darah



Bawang putih dapat mengawal jumlah kandungan gula dalam darah dan membantu menyeliakan insulin dalam tubuh. Pengambilannya boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga untuk mencegah menyakit diabetes.

Namun, bagi pesakit diabetes yang mengambil insulin dalam rawatan seharian, penggunaan bawang putih sebagai remedi sampingan hendaklah mendaptkan kebenaran daripada doktor terlebih dahulu.

9. Mengatasi masalah rambut gugur



Sebelom tido, ambil beberapa ulas bawang putih dan lumatkan. Sapu dan gosok-gosokkan pada
kulit terutama pada bahagian dimana rambut banyak gugur.

10. Mengurangkan angin dalam badan



Sesetengah orang kerap mengalami kemasukan angin dalam badan yang boleh menyebabkan ketidakselesaan dan kempung perut.

Petua untuk melegakan masalah angin juga melibatkan penggunaan bawang. Ambil dan bakar dua ulas bawang bersama kulitnya dalam masa beberapa minit. Setelah nampak garing, buang kulit dan makan bawang tersebut. Dalam masa beberapa minit anda akan merasai sendiri kesannya.

So, bagaimana pulak dengan orang yang tak suka atau takda masa untuk mengamal petua -petua menggunakan bawang putuh tadi ?

Jangan risau, Shaklee sudah menyediakan supplement berasaskan bawang putih iaitu Garlic Complex dalam berbentuk pil untuk memudahkan hal anda. Tapi yang pastinya, khasiat Garlic Complex sama dengan Garlic asli.



Untuk pengetahuan semua, Garlic Complex ni dibuat darpada bawang putih jenis premium , yang mana bebas daro racun perosak dan ditanam secara organik di California, USA di waktu musim panas.

Ianya juga dihasilkan secara eksklusif pada suhu bilik tanpa haba untuk memastikan pengekalan 100% Allicin aktif (bukan semua tablet bawang putih dipasaran mengandungi Allicin aktif tau!) Dwi teknologi juga digunakan untuk mengawal bau bawang putih. So, yang cannot go bau bawang tu sangat sesuai diamalkan Garlic Complex dari Shaklee.

Berminat memcuba Garlic Complex dari Shaklee, kawan -kawan boleh klik DISINI untuk dapatkan dengan Na berserta konsultan pengambilan vitamin supplement dengan betol atau untuk pertanyaan yang lain.


Arina Burhan,❤
Pengedar Shaklee Bangi & Kajang





No comments:

Post a Comment

Promosi Disember 2017

1.Vivix  Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi cam...