Friday 24 November 2017

Petua Hilangkan Jerawat Dengan Timun


Selamat tinggal PARUT JERAWAT. 

Okay kali Na nak share petua nak hilangkan parut dengan TIMUN. Tips tradisional kena buat selalu baru nampak kesan tau!



Teringat lagi masa belajar dulu, tiap kali balik kampung bercuti kalau ada jerawat kat muka mesti godek2 barang kat dapur mak. Almaklum time tu study, jerawat + student memang tak dipisahkan.

Mak Na sorang peniaga kecil, so banyak barang yang ada na boleh manfaat. Salah satunya timun batang. hehehe

Kat bawah ni Na share macam mana nak jadikan timun untuk hilangkan jerawat. Ikut step by step tau.  

1. Kisar timun, tapiskan air.
2. Basuh wajah dengan air bersih
3. Lumurkan timun yang telah dikisar/ dihancurkan pada seluruh wajah dan leher.
4. Biarkan selama 30 minit/ sehingga kering.
5. Bilas dengan air bersih.

P/s: Getah timun membantu membersihkan kulit, memudarkan parut dan mengecutkan jerawat. Ini juga menjadikan kulit wajah lembap dan tegang.

Kelebihan timun:

Timun mengandungi kadar air yang sangat tinggi, tidak lupa juga vitamin A, vitamin C, dan magnesium - semua yang terbaik untuk kulit anda.

Selamat mencuba!





No comments:

Post a Comment

Promosi Disember 2017

1.Vivix  Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi cam...