Tuesday 21 November 2017

Ketahui 4 Nutrien Penting Untuk Kulit




Pernah tertanya-tanya bagaimana sesetengah orang mempunyai kulit yang sihat dan berseri? Mereka memberikan aura positif dan sihat. Sering kali juga, kita tertanya-tanya apakah yang diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan menawan.

Protein untuk Membina Kulit yang Sihat




Badan dihasilkan dari protein dan untuk memiliki kulit yang sihat berseri, pengambilan protein yang mencukupi adalah penting kerana ia:
  1. Membekalkan asid amino yang penting, yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita. 
  2. Menyokong pengeluaran sel-sel kulit yang sihat.
  3. Terlibat dalam pemulihan serta pembaikan sel dan tisu kulit.
  4. Menghasilkan hormon yang sihat dan enzim penting untuk kulit.
  5. Menyokong pengeluaran asid amino glutation yang membantu melindungi sel-sel kulit dari kerosakan akibat cahaya matahari.

Perlindungan Antioksida dengan Vitamin C


Vitamin C, yang bertindak sebagai antioksida menggalakkan penghasilan kulit yang sihat dengan meneutralkan kerosakan disebabkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, badan kita tidak berupaya untuk menghasilkan vitamin C dan pengambilan vitamin C membantu untuk :
  1. Mengurangkan kedutan, melegakan kulit yang kering dan kasar.
  2. Menggalakkan penghasilan kolagen dan regenerasi kulit.
  3. Membantu dalam penyembuhan luka.
  4. Mempertahankan kulit daripada radikal bebas.
Tingkatkan Keanjalan dengan Kolagen



Kolagen adalah struktur penting untuk kulit kita. Ia mengekalkan keanjalan kulit kita dan menghalangnya daripada berkedut, berparut dan menjadi kendur. Berita baiknya adalah badan kita boleh menghasilkannya sendiri.

Walau bagaimanapun, apabila usia semakin meningkat, jumlah kolagen yang dihasilkan semakin berkurangan, ianya akan mendedahkan kita kepada risiko kulit berkedut dan kendur. Katakan tidak kepada tanda-tanda penuaan ini dan mulakan pengambilan kolagen sekarang untuk;


  1. Kulit yang lebih anjal.1
  2. Mengurangkan kedutan.2
  3. Kulit yang lebih lembut, lebih padat.1
  4. Mengurangkan parut.2


Kekalkan Kelembapan Kulit dengan GLA


Kulit yang sihat bergantung pada jumlah asid lemak pada bahagian kulit terutamanya, asid gamma-linolenic (GLA). Asid lemak ini berperanan penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan juga:


  1. Mengurangkan gatal dan kulit yang bersisik.3
  2. Mengekalkan kelembapan kulit.4
  3. Melawan keradangan.7


Arina Burhan Pengedar Shaklee Bangi & Kajang ( 013 3057543)
Your Certified Shaklee Product Consultant
COD Bandar Baru Bangi, Ukm & Kajang
Pengeposan ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment

Promosi Disember 2017

1.Vivix  Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi cam...