Tuesday 21 November 2017

Nanas Oh Nanas


Hai semua. Entri kali ni na nak kongsi peberet buah buahan yang Na suka antara salah satunya buah nanas. 

Siapa suka nanas ? Kalu suka kita geng ! hehehe



Eceli ni gambar dok kupas nanas, belom siap semua dah ada tangan yang meminta. Tu si kecil Ariana Syuhada, geng yang tak pernah miss waktu makan.

Korang nak tau tak, rupanya setiap buah yang kita makan ada khasiatnya. Untuk buah nanas, tengok bawah ye Na kongsi dengan korang. 

Khasiat nanas yang korang perlu tau. 


Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan acap kali risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak 'tajam'.

Sehinggakan ada yang tak suka makan langsung buah nanas. Sedangkan jika korang menolak buah nanas ini, bermakna korang tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.

Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol.

1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.

2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.

3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.

4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.

5. Jika memakan secawan nanas, korang sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.

6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi korang sihat dan kuat.

7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.

8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.

9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom terowong karpal dan gout.

10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.

11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.

12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.

13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.

14. Selain  ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.


Okay sekarang semua dah tau kan khasiat nanas untuk tubuh kita. So, rajinkan diri untuk makan nanas ye. Buah buahan lagi jangan dulupakan plak. Sebabnya, setiap buahan kan ada khasiat masing masing. ☺



No comments:

Post a Comment

Promosi Disember 2017

1.Vivix  Vivix Shaklee adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. Mengandungi cam...